Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah
s.a.w. ada bersabda katanya, "Apabila telah tiba hari kiamat kelak maka
diperintahkan malaikat Israfil untuk meniupkan sangkakala sebanyak 3 kali.
Tiupan pertama sebagai peringatan, tiupan kedua untuk mematikan semua makhluk
yang ada di muka bumi dan tiupan ketiga untuk menghidupkan kembali semua umat,
bermula dari umat Adam a.s. hinggalah kepada umat Nabi Muhammad.
Setelah semuanya mati, tinggallah Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Hamalatul Arsy. Allah lalu memerintahkan Malaikat maut (Izrail) mencabut semua nyawa malaikatnya. Maka Allah bertanya,"Wahai Izrail ! Siapa yang masih tinggal ?" Jawab Izrail,"Engkau Ya Allah zat yang Maha Hidup dan tidak akan mati untuk selamanya,yang tinggal hanyalah aku seorang, hamba yang lemah dan tidak berdaya."
Lalu Allah berfirman,"Wahai Izrail ! Tidakkah engkau tahu, setiap yang bernyawa itu akan merasai mati. Aku menjadikan engkau untuk kau menjalankan tugasmu dan kau juga harus merasai mati." Maka pergilah Izrail ke suatu tempat di antara syurga dan neraka (menurut sebahagian riwayat) untuk mencabut nyawanya sendiri. Apabila nyawanya dicabut, menjeritlah Izrail seperti orang gila. Andaikan masih ada makhluk yang di muka bumi, nescaya semuanya mati kerana jeritan yang dahsyat iu.
Berkata Izrail,"Kalaulah begini kesakitan yang dialami semasa dicabut nyawa, sudah tentu ketika mencabut roh orang-orang mukmin aku akan cabut dengan cara yang paling lembut sekali."
Sudahkah kita bersedia untuk merasai pedihnya sakaratul maut.. kalau nabi saw pun mengeluh kesakitan.. kita bagaimana?

No comments:
Post a Comment