Friday, 4 May 2012

FITNAH WANITA


Fitnah Wanita

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

مَا تَرَكْتُ بَعْدِيْ فِتْنَةً أَضَرَّ عَلَى الرِّجَالِ مِنْ النِّسَاءِ.

Tidaklah aku tinggalkan sepeninggalku fitnah (cUbaan) yang lebih berbahaya bagi kaum laki-laki daripada (fitnah) wanita. (Muttafaq ‘alaihi)

Sungguh, fitnah wanita termasuk cubaan terbesar dan paling mengerikan bagi kaum Adam. Kerana wanita, dua orang laki-laki berkelahi. Lantaran wanita, dua kubu saling bermusuhan dan saling serang menyerang. Oleh sebab wanita, darah begitu murah dan mudah digugurkan. Kerana wanita, seseorang dapat terjatuh dalam jurang kemaksiatan. Bahkan, Kerana wanita, si bijak yang baik dapat berubah menjadi dungu dan liar.

Jarir bin ‘Athiyyah al-Khathafi bersenandung:

إِنَّ العُيُوْنَ الَّتِيْ فِي طَرْفِهَا حَــوَرٌ قَتَلْنَنَا ثُمَّ لَمْ يُحْيِيْنَ قَتْــلاَناَ

يَصْرَعْنَ ذَا اللُّبِّ حَتَّى لاَ حَرَاكَ لَهُ وَهُنَّ أَضْعَفُ خَلْقِ اللّهِ إِنْـسَاناَ

Sesungguhnya indahnya mata-mata hitam wanita jelita, Telah membunuh kita dan tiada lagi menghidupkannya. Mereka pun menakluki si cerdas hingga tiada berdaya. Sedang mereka manusia paling lemah dari ciptaan-Nya

Semoga Allah memberikan petunjuk kepada wanita-wanita muslimat kepada jalan yang lurus, dan menjadikan keluarga, sahabat, saudara, tetangga, serta masyarakat kita, baik laki-laki maupun wanita, menjadi Muslim dan Muslimah yang taat terhadap ajaran agama. Amin.

Suara Wanita:

Ada orang menyebutkan suara wanita itu adalah aurat dan wanita tidak boleh berkata-kata kecuali kepada suami dan mahramnya sahaja. Perkara ini tidaklah benar sama sekali. Al-Quran mengharuskan para sahabat daripada golongan lelaki menanya isteri-isteri nabi SAW dari balik tabir. Permintaan dan pertanyaan itu memerlukan jawapan dari ummahatul mukminin (gelaran yang diberi kepada isteri-isteri nabi). Mereka biasa memberi fatwa kepada orang yang meminta fatwa daripada mereka dan meriwayatkan hadis bagi orang yang ingin mengambil hadis mereka.

Pernah seorang wanita bertanya kepada Nabi SAW di hadapan kaum lelaki. Dia tidak merasa keberatan melakukan hal itu dan nabi pun tidak melarangnya. Pernah ada seorang wanita menyangkal pendapat Umar ketika Umar sedang di atas mimbar. Atas sanggahan itu, Umar tidak mengingkarinya, bahkan mengakui kebenaran wanita itu dan mengakui kesalahannya sendiri. 

Meskipun ada ulama' yg mengatakan suara wanita adalah aurat, tetapi jumhurul Ulama' lebih kepada menyatakan tidak aurat kerana ia selari dengan prinsip agama Islam sebagai adDin Yusr (agama yang mudah); ini kerana wanita sebagai makhluk sosial seperti lelaki perlu berkomunikasi dalam kehidupan sehariannya, maka jika suara wanita itu aurat, maka sukarlah bagi wanita berkomunikasi. Auratnya suara wanita bergantung kepada kelembutan dan kemerduan suara wanita itu.

Dalil ialah ayat 32 dalam surah al_Ahzab

يَانِسَاءَ النَّبِيِّ لَسْتُنَّ كَأَحَدٍ مِنَ النِّسَاءِ إِنِ اتَّقَيْتُنَّ فَلَا تَخْضَعْنَ بِالْقَوْلِ فَيَطْمَعَ الَّذِي فِي قَلْبِهِ مَرَضٌ وَقُلْنَ قَوْلًا مَعْرُوفًا

Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertakwa. Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu) dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan).

Hujjatul Islam alGhazali (Ihya', Jld 2, ms 248) berpendapat,'suara wanita bukanlah aurat kecuali bila ia menyanyi.' alQurthubi (tafsir al_Qurthubi dalam ayat di atas menafsirkan bahawa suara wanita bukan aurat kecuali bila ia memerdukan, melunakkan, melembutkan suaranya semasa berhubung dengan lelaki ajnabi." Syaikh Atiyah Saqr, pengerusi J/kuasa fatwa al_Azhar university juga bersependapat dengan ulama' silam tersebut (Seem wal jeem lil Mar'atil muslimah); inilah juga pendapat Prof Qardhawi (Fatawa Mu'asirat)

No comments:

Post a Comment