Sunday, 6 May 2012

BOLEHKAH ZIKIR DILAKUKAN DALAM KEADAAN MENARI-NARI ?

Berkenaan dgn zikrullah Allah berfirman ( mafhumnya) orang-orang yang menyebut dan mengingati allah  semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa berbaring mengiring,  dan mereka pula memikirkan ttg kejadian langit dan bumi (sambil berkata) " Wahai tuhan kami , Tidakkah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliaharalah kami dari azab neraka." Surah Ali Imran,ayat 191.

Ayat ini memberi isyarat kepada zikrullah boleh dilakukan dalam pelbagai gaya dan keadaan.
Ummul MUkminin Aisyah r.a. pernah melaporkan bahawa rasulullah saw berzikrullah ( berzikir kepada Allah) dalam semua keadaan.Sedang berjalan,menaiki kenderaan, di atas kenderaan, berbaring, duduk dan macam lagi, pernah dilakukan dan dilaksanakan oleh Rasulullah saw.


Dalam satu riwayat pernah diceritakan bahawa Jaafar bin Abi talib (sepupu Rasulluallah) pernah menari-nari melenggok lentuk dihadapan nabi sebaik sahaja beliau mndengar Rasullullah saw menyebut kepada beliau " Allah menjadikan rupa parasmu seiras dengan Allah menciptakan daku". Mendengar kata-kata yg seindah dan semurni itu, terus dita'birkan dgn menari-nari dihadapan Rasulullah saw. Tingkah laku beliau tidak ditegah atau ditegur oleh Rasulullah.


Disinilah dikatakan atau dijadikan asal usul sandaran bahawa menari-nari sambil berzikir kepada Allah yang dilakukan oleh ahli tarikat atau golngan sufiyah, ada sandarannya.
Sahlah berlaku tarian di majlis zikir yg dihadiri oleh lama besar yg muktabar. Antara mereka ialah al Imam Izzudin Abdus Salam dan tidak diengkarinya..Ditanya Shaikul Islam Sirajuddin al Balqini ttg persoalan tari menari dalam majlis zikir, lalu djawab beliau dengan mengiyakannya, yakni boleh dilakukan.


Ditanya ulama besar dalam mazhab Hanafi dan Maliki semuanya menjawab, " tidak mengapa dan bleh dilakukan." Ditanya al-A'llamah Burhanuddin al -Abnasi,perkara yg sama, maka beliau menjawab dengan membolehkannya.


Semua jawapan ini dibuat dengan bersandarkan kepada ayat di Surah Ali Imran beserta hadis yg diriwayatkan oleh Jaafar bin Abi Talib.


Adapun tarian dalam zikrullah, ada tarian khusus  lahir daripada rasa kesyahduan kepada Allah, dengan kelazatan munajat dan bertaladdud ( berseronok kerana zirullah).
Inilah yg disebut dalam al Quran ( mafhumnya) " (Iaitu) orang-orang yg beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah." Ketahuilah dengan "zikrullah" itu tenang tenteramlah hati manusia." ( Surah ar Ra'd, ayat 28).


Ketenangan adalah suatu kenikmatan. Hendak menghargai kenikmatan itu adalah sesuatu yg boleh di ta'birkan dengan isyarat, dengan kata-kata, dengan bahasa badan yg dijelmakan dalam bentuk tarian untuk menyatakan kesyukuran dan kenikmatan yg mereka perolehi hasil anugerah Allah......
Wallah huaklam......

No comments:

Post a Comment