Sunday, 6 May 2012

ADAKAH BATAL WUDUK JIKA WAS-WAS KENTUT


Adakah Batal Wuduk Bila Waswas Kentut?

Abd Allah b. Zayd b. Âsim telah mempersoalkan kepada Rasulullah SAW bahawa seseorang boleh merasakan dia telah terkentut ketika didalam Solatnya. Berkenaan ini Rasulullah SAW berkata : "Jangan berganjak dari tempat kamu kecuali kamu dengar atau bau sesuatu (keluar kentut)". Hadith ini sahih diriwayatkan didalam Sahîh al-Bukhârî dan Sahîh Muslim .

Terdapat hadith yang hampir sama diriwayatkan oleh Abû Sa`îd al-Khudrî bahawa Rasulullah Saw berkata "Jika Syaitan mendekati kamu dengan berkata "kamu telah terbatal wudhu kamu", katakan ia menipu, kecuali kamu dengar atau bau sesuatu (keluar kentut)"
-[Mustadrak al-Hâkim (1/134), Sahîh Ibn Hibbân (2663 and 2664), Musnad Ahmad (3/12), and Sunan Abî Dâwûd (1029)].

Dalam riwayat dari Sahîh Ibn Hibbân menyebut "……… kemudian dia perlu berkata pada dirinya sendiri `kamu telah menipu'……"

Ini adalah hadith masyhur yang menjadi bukti yang membentuk satu kaedah dalam hukum Syara' iaitu "Sesuatu yang pasti tidak dapat dihapuskan dengan was-was". Ini bermaksud apa-apa yang terbina atas keyakinan memerlukan bukti yang kukuh untuk menunjukkan sebaliknya. Ketidakpastian (was-was) tidak mencukupi untuk memansuhkannya(keyakinan). Hukum ini menjadi prinsip yang luas dan mustahil untuk menyebutkan kesemuanya.

Implikasi hukum terhadap Hadith tersebut.

Hukum terpenting yang dibentuk dari hadith ini adalah berkenaan seorang yang telah berwudhu dan tidak pasti adakah dia telah terbatal ataupun tidak.

Jumhur ulama' termasuk Imam Abû Hanîfah, Imam al-Shâfi`î, dan Imam Ahmad b. Hanbal, menyatakan ketidakpastian (was-was) perlu diabaikan setiap masa. Ini juga disebut oleh Imam Mâlik.

Terdapat 2 pendapat lain yang disandarkan kepada Imam Mâlik tentang perkara ini. Salah satu pendapat itu ialah ketidakpastian (was-was) membatalkan wudhunya. Tetapi riwayat ini adalah dhaif dan bertentangan dengan maksud yang jelas dari hadith-hadith yang sahih.

Pendapat ke-3 yang disandarkan kepada Imam Mâlik ialah jika was-was berlaku di luar solat , maka dia perlu mengambil wudhu yang baru, tetapi jika was-was berlaku di dalam solat, maka dia perlu abaikannya. Pendapat ini amat pelik kerana apa yang membatalkan wudhu di luar solat sudah pastinya membatalkan wudhu didalam solat.
Menurut Ibn Hajar al-`Asqalâni di dalam Fath al-Bârî (1/287) : "Riwayat yang menerangkan pembahagian tersebut tidak boleh disandarkan kepada Imam Malik , Ia hanyalah perkataan pelajarnya”

Kita boleh katakan, tanpa syak lagi, pendapat yang benar tentang perkara ini adalah pendapat Jumhur Ulama – bahawa keraguan tidak membawa sebarang faedah. Seorang akan kekal dalam keadaan berwudhu sehingga dia pasti dia telah terbatal.

Aplikasi Hukum 

1) Jika seseorang dalam keadaan bersuci , terasa dia telah terkentut, ini tidak membawa apa-apa makna. Dia perlu benar-benar pasti untuk membuktikan wudhu'nya telah terbatal.

2) Jika seseorang tahu dia dalam keadaan wudhu' dan was-was bahawa dia telah membuang air, dia perlu abaikannya.

3) Jika seseorang dalam keadaan suci kemudian dia tertutup mata sebentar kerana mengantuk dan tidak pasti dia telah tertidur (lama) untuk wudhu'nya terbatal , maka dia perlu menganggap dia masih dalam keadaan suci.

Dalam keadaan ini atau situasi yang hampir serupa, seseorang perlu mengabai was-wasnya. Begitu juga, jika seseorang tidak pasti air kolah telah tercemar dengan najis atau tidak , dia perlu menganggapnya ia masih bersih. Sama juga berkenaan baju, tempat solat, dan makanan yang ingin dimakan. Ini adalah hukum asas dalam semua masalah berkenaan bersuci dan keharusan, yang mana keyakinan (kepastian) adalah penting untuk mengisytiharkan sesuatu (kesucian) itu sebaliknya.

Hukum ini – cara fikir ini – menutup pintu kepada ketidakpastian (was-was) dan keraguan yang dialami oleh sebilangan besar umat Islam.

Tambahan, para ulama' telah Ijma' apabila Rasulullah SAW berkata: "Kecuali kamu mendengar bunyi atau bau sesuatu". Beliau bukanlah memaksudkan kepada 2 perkara itu sahaja. Beliau hanyalah menerangkan tentang tahap keyakinan yang perlu ada dalam keadaan tersebut.

Al-Khattâbî menyebut dalam I`lâm al-Hadîth (1/227-228): "Rasulullah SAW tidak bermaksud hukum ini terhad kepada isu kentut dan 2 cara memastikannya." Jawapan Rasulullah SAW, bersesuaian dengan soalan yang dikemukakan. Maksudnya boleh diperluaskan kepada tahi , kencing, air madzi, air mani, darah, dan apa-apa yang boleh membatalkan kesucian seseorang."

No comments:

Post a Comment