Monday, 4 June 2012

Maqam Azan


Azan Maqam Bayati
Azan Maqam Saba
Azan Maqam Ajam
Azan Maqam Nikrez

DImana Tasik Galilee ??


Paras air Tasik Galilee semakin teruk merosot semenjak Israel menguasai sumber air di tasik ini..Antara punca2 kepada kemerosotan ini mengikut sumber dari akhbar yahudi Jerusalem post adalah disebabkan kegiatan tindakan rakus Israel melengcongkan anak2 sungai yg mengalir ke Sg. Jordan, Israel mengawal air yg mengalir dari tasik ini semenjak lebih kurg. 30tahun dulu dan mengepam sumber air dari tasik ini bagi tujuan pengairan di kawasan2 lain di Israel,.. serta bagi memenuhi keperluan penduduk Yahudi yang akan berkunjung ke situ pada setiap hari Sabtu yang merupakan hari yang penting dalam masyarakat Yahudi.. Akibat dari tindakan rakus ini.. tasik galilee dah semakin susut dgn teruk yg tidak pernah berlaku dlm sejarah [berlaku dizaman kita tidak berlaku di zaman ibubapa kita] dan dijangka akan menjadi semakin susut menjelang musim panas ini..
DIMANA TASIK GALILEE?
Kalau kita tengok pada gambar Tasik Galilee ini terletak dalam wilayah Israel hari ini. Tasik yang mempunyai air tawar terendah di dunia ini seluas lebih kurang 53 kilometer dan sedalam lebih daripada 200 meter. Nama Tiberias diambil daripada nama seorang Kaisar Rom bernama Tiberias. Selain itu kota Tiberias juga dikenali dengan nama Galilee/ Galileadan banyak nama lain. Majoriti penduduknya ialah orang-orang Yahudi.
Kota dan tasik ini menjadi destinasi pelancongan di Israel dan pada setiap hari Sabtu (hari cuti bagi agama Yahudi) ia akan dipenuhi dengan kaum Yahudi untuk mereka berekreasi. Banyak hotel mewah, kedai dan restoran di sini.
DAJJAL DAN TASIK GALILEE
Tasik Galilee/Tiberias ada disentuh dalam sebuah hadis popular yang mengisahkan pengembaraan seorang sahabat bernama Tamim ad-Dari.
Menurut Sahih Muslim, Tamim ad-Dari pernah belayar bersama-sama 30 orang. Setelah sebulan berada di lautan (kemudiannya digambarkan oleh Rasulullah sebagai satu kawasan di laut Syam ataupun laut Yaman), mereka tiba ke sebuah pulau. Di pulau itu mereka bertemu dengan satu makhluk yang banyak bulunya (bigfoot?) dan boleh berkata-kata hinggakan mereka tidak dapat menentukan bahagian depan dan belakang makhluk itu.
Selepas berdialog beberapa ketika, makhluk itu membawa mereka ke sebuah gua. Di sana mereka ketemu seorang manusia (kemudiannya dimaklumi sebagai Dajjal) yang besar tubuh badannya dalam keadaan dirantai tangan dan kakinya (pasung). Kemudian manusia itu bersoal jawab dengan rombongan Tamim ad-Dari tentang beberapa hal. Salah satu daripada persoalannya ialah:
Manusia itu berkata, “Ceritakan kepadaku tentang Tasik Tibriyyah.”
Mereka menjawab, “Apa yang engkau hendak tahu tentangnya?”
Dia berkata, “Apakah tasik itu masih berair?”
Mereka menjawab “Ya.”
Katanya lagi, “Sesungguhnya air tasik itu hampir kering.”…..
[Ringkasan daripada Sahih Muslim]
Dari hadis Sahih ini dapat menjelaskan pada kita bahwa Dajjal itu adalah individu(manusia) bukanlah sesuatu bangsa, satu ideologi atau mitos agama semata2 dan telah dicomfirmkan sendiri oleh Nabi kita didalam hadis tersebut..
Disini terdapat 2 teori yang dijelaskan mengenai fizikal Dajjal semasa dipasung seperti yang diperkatakan dalam hadis ini, iaitu makhluk yang berbadan besar. Menurut buku yang saya baca dalam “Membongkar Misteri Dajjal”
(1) beliau mengatakan Dajjal ini umurnya dipanjangkan oleh Allah dan ia lahir sewaktu di zaman Nabi Sulaiman lagi yang mana manusia di zaman itu berbadan(fizikalnya) lebih besar.
(2) Teori seterusnya Dajjal itu hasil dari cantuman [campuran] manusia dan jin, maka kebolehannya utk merubah rupabentuk Dajjal itu tidak mustahil dan merupakan fitnah Dajjal kepada semua manusia yg akan menganggap dia adalah raksasa atau makhluk berbadan besar..Wallahu Alam
KEMUNCULAN YAKJUJ MAKJUJ
Cerita pengeringan Tasik Tiberias ini disebut juga dalam hadis tentang Yakjuj Makjuj, namun Yakjuj Makjuj datang selepas kemunculan Al-Mahdi dan Nabi Isa as.
“…Mereka (Yakjuj Makjuj) melalui Tasik Tibriah yang mana barisan pertamanya menghabiskan kesemua air yang ada di tasik tersebut…”
Dari ringkasan hadis diatas..menerangkan tentang Yakjuj Makjuj dari barisan pertama [golongan induk] yg akan menghabiskan kesemua air di tasik itu, kemudian dtg pula barisan Yakjuj Makjuj yg seterusnya mengatakan dulu disini ada air..
Ini menunjukan fakta Yakjuj Makjuj ini sudah lama bebas dan tembok yg menghalangnya sudah lama runtuh.. bangsa Yahudi Zionis yang ada kat Israel skrg adalah barisan pertama yg akan mengeringkan Tasik Galilee nih dgn asbab2 seperti yg saya ceritakan di atas..
YAHUDI ZIONIS yang memerintah Israel sekarang ini bukan dari keturunan Bani Isreal [NABI ISHAQ]. Mereka menipu seluruh penduduk dunia dengan mengaku sebagai Bani Israel padahal mereka ialah bangsa Khazars yang ganas dan bengis dari selatan Russia, induk Yakjuj dan Makjuj yang telah dilepaskan dari tembok Zulkarnain seperti yang dijanjikan di dalam alQuran.. Misteri ini kian terbongkar..
Fakta lain yang menyokong dakwaan tembok Yakjuj & Makjuj telah lama terbuka ialah berdasarkan keterangan Allah swt di bawah:
“…Maka mereka… tidak dapat menebuknya…”; al-Kahfi:97
Ayat menyatakan mereka tidak dapat “menebuk” tembok tersebut. Beribu-ribu tahun Allah swt memelihara tembok tersebut, dan tiada satu makhluk pun di seluruh alam ini mampu “menebuk” tembok kecuali dengan keizinan Allah swt, iaitu apabila Allah swt mengizinkan Yakjuj dan Makjuj dilepaskan.
Sebaliknya telah disebutkan dalam Sahih Al-Bukhari dan Sahih Muslim bahwa Nabi saw bersabda: “Telah mulai terbuka hari ini dari dinding Yakjuj dan Makjuj sebesar (lubang) ini.” Rasulullah membuat lingkaran dengan dua jarinya, ibu jari dan jari telunjuk.
(HR. Al-Bukhari dari Zainab bintu Jahsyin radhiyallahu ‘anha).
Apakah maksud hadis apabila dibaca bersama ayat 97 Surah Al-Kahfi yang menyatakan Yakjuj & Makjuj “tidak dapat menebuknya”? Ini membuktikan Allah swt telah melepaskan mereka kerana fakta tembok berlubang membuktikan mereka telah berjaya menebuk tembok. Tembok tidak akan berlubang jika tidak boleh ditebuk!!
Untuk penerangan alternatif lebih munasabah ialah berdasarkan tafsiran melalui buku An Islamic View of Gog and Magog in the Modern World dan rujukan dan pemahaman tambahan boleh diperolehi daripada buku Sūrah al-Kahf and the Modern Age dari tulisan Maulana Imran Hosein
MUNCULNYA DAJJAL DARI KHURASAN
Saya percaya bandar Dubai di tanah Arab di sana merupakan tempat di mana Al-Masih bakal muncul.., di situlah segala-galanya berkumpul. Sama seperti kes mengenai Tasik Galilee, iaitu satu tempat diberi banyak nama oleh banyak kaum dan bahasa, namun tempat itu kekal tempat yang sama,..begitu juga tempat yang bernama Khurasan,
Teori Dajjal telah muncul dari Khurasan adalah berdasarkan dari hadith Nabi yang berbunyi;
“Dajjal akan keluar dari negeri sebelah timur yang bernama Khurasan.” (Riwayat Tirmizi dan Hakim)
Untuk mengukuhkan lagi fakta berkaitan daerah Khurasan ini, saya cuba bertanyakan beberapa soalan kepada seorang penulis buku “Membongkar Misteri Dajjal”
Penulis buku itu menjelaskan kepada saya dan mengiyakan pandangan bahawa Dubai juga berada dalam daerah Khurasan..Baca hadis biasa dan masyhur tentang akhir zaman dalam hadis 40 kitab Imam Nawawi, pada topik hadis Iman, Islam dan Ehsan..Berikut adalah petikan akhir hadis tersebut..
Beritahukan aku tentang hari kiamat (bilakah kejadiannya)”. Beliau bersabda: “ Yang ditanya tidak lebih tahu dari yang bertanya “. Dia berkata: “ Beritahukan aku tentang tanda-tandanya “, beliau bersabda: “ Jika seorang hamba melahirkan tuannya dan jika engkau melihat seorang bertelanjang kaki dan dada, miskin dan penggembala domba, (kemudian) berlomba-lomba meninggikan bangunannya…”
Menurut pendapat beliau hadis ini (lokasi Dubai) adalah menepati hadis ini. Bukankah kaum yang tinggal di jarizah Arab termasuk di Dubai pada asalnya hanyalah pengembala kambing di gurun-gurun panas. Kini Dubai bangga dengan al Burj dan bangunan tinggi terus dibina dan kini Riyadh mahu menandingi al Burj. Semua ini menepati kalam nabi dari hadis di atas.
Nabi Muhammad saw melabelkan Khurasan sebagai tempat di mana Al-Masih Dajjal sanggup menunjukkan mukanya…Tidakkah kita terfikir,.. mana mungkin ada tempat yang namanya seakan Khurasan akan mudah dikesan oleh mana-mana manusia, kalau begitu kanak-kanak juga mampu mengesan di mana Khurasan yang dimaksudkan…Ingin saya berkongsikan, terdapat 1 berhala besar sedang dibangunkan dekat2 dengan Dubai, dan yang membangunkan itu “sedang kena” dengan 1 fakta hadis sahih tentang tanda sebelum kemunculan Al-Masih.
Salam peringatan dari Nabi S.A.W telah direkodkan sejak 1400 Hijrah dalam banyak hadis2 sahih dan ianya benar2 terjadi pada zaman kita. Hadis itu berkenaan dengan sekumpulan wanita di akhir zaman akan menari2 di depan berhala besar dan tinggi, sedangkan Islam pernah sampai ke situ…saya lampirkan juga hadis itu dibawah, walaupun saya berniat utk membiarkan kamu sendiri mencari dan menemukan hadis itu.. kerana perkara yang kita cari sendiri lazimnya pasti kekal di minda kita, berbanding perkara-perkara yang kita dapat dengan mudah…mengikut kefahaman saya..
Kitab : KITAB BERBAGAI FITNAH (CUBAAN) DAN TANDA TANDA HARI KIAMAT
Bab : Bab Tidak akan berlaku Kiamat Sehingga Bani Daus Menyembah Berhala Zal Khalasah
5173 Hadis Abu Hurairah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: Tidak akan berlaku Kiamat sehinggalah perempuan-perempuan tua Bani Daus memukul gendang sambil mengelilingi (untuk menyembah) Zal-Khalasah iaitu berhala yang disembah oleh Bani Daus pada zaman Jahiliyah di Tabalah.

Tuesday, 8 May 2012

CARA MERAWAT LALAT BILA JATUH KE DALAM MINUMAN


Dari Abi Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud: " "Apabila lalat jatuh ke dalam minuman salah seorang di antara kamu maka rendamkanlah lalat itu kemudian buanglah. Kerana pada salah satu sayapnya terdapat penyakit dan pada sayap yang lain terdapat ubat." Riwayat al-Bukhari



Huraian :
Islam menghendaki kita supaya menjaga kebersihan bukan sahaja pada pakaian dan tempat tinggal malah pada makanan dan juga minuman. Rasulullah SAW amat menitikberatkan hal ini sehinggakan apabila seekor lalat pun yang memasuki makanan atau minuman, baginda menyuruh kita berwaspada terhadap penyakit yang bakal menimpa seperti keracunan makanan dan sebagainya.

Apa yang disebutkan di dalam hadis di atas telah pun dibuat kajian oleh para saintis pada zaman kemudiannya. Contohnya pada tahun 1871, Prof. Brefild, Ilmuwan Jerman dari Universiti Hall menemui mikroorganisma jenis Fitriat yang diberi nama Ambaza Mouski dari golongan Antomofterali. Mikroorganisma ini hidup di bawah tingkat zat minyak di dalam perut lalat. Ambaza Mouski ini berkumpul di dalam sel-sel sehingga membentuk kekuatan yang besar. Kemudian sel-sel itu akan pecah dan mengeluarkan sitoplasma yang dapat membunuh kuman-kuman penyakit. Sel-sel tersebut terdapat di sekitar bahagian ke tiga dari tubuh lalat, iaitu pada bahagian perut dan ke bawah.
 

Kemudian pada tahun 1947, Ernestein seorang Inggeris juga menyelidiki Fitriat pada lalat ini. Hasil penyelidikannya menyimpulkan bahawa fitriat tersebut dapat memusnahkan pelbagai bakteria. Tahun 1950, Roleos dari Switzerland juga menemui mikroorganisma ini dan memberi nama Javasin. Para peneliti lain iaitu Prof. Kock, Famer (Inggeris), Rose, Etlengger (German) dan Blatner (Switzerland) melakukan penyelidikan dan membuat kesimpulan yang sama tentang mikroorganisma pada lalat sekali gus membuktikan bahawa pelbagai penyakit dan bakteria pada lalat hanya terdapat pada hujung kakinya saja dan bukan pada seluruh badannya.

Justeru mikroorganisma yang dapat membunuh kuman itu tidak dapat keluar dari tubuh lalat kecuali setelah disentuh oleh benda cair. Cairan ini dapat menambah tekanan pada sel-sel yang mengandungi mikroorganisma penolak kuman sehingga pecah dan memercikkan mikroorganisma istimewa ini.

Maka adalah ternyata bahawa apa yang dikatakan oleh Rasulullah adalah benar iaitu saranan baginda kepada kita agar menenggelamkan lalat terlebih dahulu ke dalam air bagi mengeluarkan mikroorganisma penolak kuman dari badan lalat tersebut, dalam erti kata bahawa badannya harus dibasahkan sebelum membuangnya dan air yang menjadi tempat pendaratan lalat tadi dapat diminum dengan selamat. Subhanallah betapa hebatnya junjungan kita, Nabi Muhammad SAW.


JASSASAH


Hadis riwayat Amir Ibnu Sharahi Hamdan dari Fatimah binti Qais mendengar dari Rasulallah:

Setelah habis eddahku, aku mendengar suara azan lalu aku pun pergi ke masjid untuk bersolat bersama Rasulallah. Aku berada di saf wanita dan berhampiran makmum lelaki. Selepas selesai Rasulallah bersolat, baginda terus berkata:

"Hendaklah kamu semua duduk di tempat solatmu. Tahukah kamu kenapa aku panggil kamu semua ke masjid?"

Seorang sahabat menjawab: "Allah dan RasulNya lebih mengetahui."

Lalu baginda menyambung: "Aku menghimpunkan kamu kerana Tamim ad-Dari yang dahulunya seorang Nasrani datang kepadaku dan memeluk Islam. Dia (Tamim) menceritakan satu perkara yang pernah aku ceritakan kepada kamu semua perihal Dajjal. Dia (Tamim) beritahu aku bahawa dia pernah belayar bersama 30 lelaki kabilah Lakhm dan Juzdam. Lalu mereka dipukul ombak selama sebulan sehingga mereka terjumpa sebuah pulau di tengah lautan, tempat tenggelamnya matahari. Mereka kemudian berlabuh di pulau itu. Sesudah mendarat, mereka terkejut didatangi makhluk berbulu tebal, lalu mereka berkata:

"Apakah kamu ini?". Makhluk itu menjawab:

"Aku pengintip rahsia (Jassasah)"

Mereka bertanya lagi: "Pengintip apa?".

Makhluk itu menjawab: "Tak perlu tanya lagi, pergilah berjumpa seorang lelaki di biara itu kerana dia mahu mendengar berita dari kamu."

Tiba di biara itu, mereka melihat sebesar-besar manusia yang dirantai. Kedua tangan dipasung ke leher. Kaki dan lutut diikat besi hingga ke buku lali.

Kemudian mereka bertanya: "Siapa kamu ini?"

Lelaki yang dipasung itu menjawab: "Ceritakan kepadaku tentang kurma di Baisan."

Mereka menjawab: "Ia sudah hampir tidak berbuah lagi." Lelaki dipasung itu bertanya lagi: "Bagaimana pula dengan Tasik Thabariya? Apakah airnya masih ada?"

Lalu mereka jawab: "Airnya hampir kering."

Dia bertanya lagi: "Bagaimana dengan nabi orang-orang ummiyin, apa yang dikerjakannya?"

Mereka menjawab: "Dia telah lahir di Makkah dan berhijrah ke Yathrib (Madinah)."

Dia bertanya: "Apakah orang-orang Arab memeranginya lagi?"

Mereka menjawab: "Ya. Mereka memeranginya."

Dia bertanya lagi: "Bagaimana perlakuan mereka?"

Mereka jawab: "Dia (Muhammad) telah banyak mendapat kemenangan, hampir semua orang Arab kini mengikutinya."

Lelaki itu berkata: "Itu benar terjadi?"

Mereka menjawab: "Benar. Itu yang benar terjadi"

Lelaki itu berkata: "Kalau mereka mengikutinya, maka itulah yang lebih baik kepada mereka. Sekarang aku mahu beritahu kamu semua. Aku adalah al-Masih ad-Dajjal. Rasanya sudah hampir masa untuk aku diizinkan keluar. Bila aku keluar nanti, aku akan berjalan ke serata muka bumi kecuali Makkah dan Thahibah (Madinah) kerana aku dihalang para malaikat."

Selepas diceritakan kepada semua yang berada di masjid itu, Rasulallah pun berkata: "Inilah Thahiba yakni Madinah. Bukankah aku pernah memberitahu kamu mengenai (Dajjal) ini? Sesungguhnya kisah yang Tamin ad-Dari sampaikan kepadaku bersesuaian dengan apa yang pernah aku sampaikan pesan kepada kamu. Dajjal itu berada di Laut Shyam atau Laut Yaman, di arah Timur"

Fatimah yang menceritakan kata-kata Nabi itu kemudian berkata kepada Amir: "Itulah yang aku dengar dari Rasullallah."

Hadis ini menjelaskan tentang satu clue iaitu Dajjal adalah seorang manusia, bukan satu konsep bangsa atau puak. Jika wujud satu puak, ia adalah persoalan lain yang berkait dengan lelaki yang disebut Dajjal ini. Tidak mungkin Nabi s.a.w menyampaikan keterangan yang mempunyai maksud lain, nabi tidak mungkin membuat silap, sedangkan hadis-hadis disampaikan bertujuan bagi menjelaskan sesuatu maksud secara konkrit. Maka, pernyataan bahawa Dajjal adalah manusia juga satu pernyataan konkrit.


melalui Hadis pula menjelaskan, ketibaan Dajjal itu adalah seperti berikut:

- Akan muncul pada akhir zaman
- Mengaku bahawa dia adalah Tuhan
- Menyebar fitnah dan dusta
- Keluar selama 40 sebelum dibunuh Nabi Isa (sama ada 40 hari, 40 bulan, 40 tahun atau 40 abad tidak dijelaskan oleh Nabi)
Dajjal dilepaskan semasa zaman kehidupan Rasulullah saw, dan hadis memberitahu Dajjal hidup selama 40 hari:

Tanya kami; “Berapa lamakah Dajjal akan tinggal di bumi?”, jawab Rasullullah: “Selama empat puluh hari, satu hari sama seperti setahun, satu hari seperti sebulan, satu hari seperti seminggu dan selebihnya seperti hari-hari kamu sekarang”. Tanya kami; “Ya Rasullullah, ketika sehari seperti setahun, cukupkah kalau kami solat seperti solat sekarang ?”, jawab Rasullullah; “Tidak” tetapi hitunglah bagaimana pantasnya.
(HR Muslim)

KATA ABUL AL-LAITS


Abul-Laits berkata, Tanda-tanda takut kepada Allah itu kelihatan dalam tujuh perkara,”

Pertama, pada lisannya,Dia menghindarkan daripada dusta, ghibbah,menyebar fitnah, berbual kosong dan banyak bercakap. Malah menyibukkan diri dengan zikir, membaca Al Qur’an dan muzakarah ilmu..

Kedua, pada hatinya. Dia membuang rasa permusuhan, kebodohan dan kedengkian terhadap sahabatnya. Lantaran kedengkian dapat menghapuskan kebaikan. Sebagaimana Rasulullah SAW bersabda..” Hasad itu dapat memakan kebaikan sebagaimana api membakar kayu.” Ketahuilah bahawa hasad itu penyakit hati yang amat berbahaya. Tidak ada ubat untuk penyakit hati selain dari ilmu dan amal.

Ketiga, pada pandangannya. Maka dia tidak suka memandang pada makanan,minuman, pakaian atau hal-hal lain yang haram. Tidak pula terpikat pada dunia. Tetapi dia memandangnya dengan mengambil ikhtibar. Rasulullah SAW bersabda.” Barangsiapa memenuhi matanya dengan perkara haram, maka Allah akan memenuhinya daripada api pada hari Kiamat.”

Keempat, pada perutnya, Maka perutnya tidak diisi barang yang haram. Itu dosa besar. Sebagaimana Sabda SAW…” Manakala sesuap daripada barang haram masuk ke perut seseorang, maka seluruh malaikat di langit dan dibumi melaknatinya selama sesuai atau seteguk barang itu berada did lam perutnya. Jika dia mati dalam keadaan demikian, maka tempatnya di Neraka.”

Kelima, Pada kedua tangannya. Dia tidak menggunakan untuk perkara yang haram. Tetapi hanya menggunakannya untuk taat kepada Allah.  Dirawikan daripada Ka’ab Akhbar, dia berkata : “ Sesungguhnya Allah SWT telah menciptakan bangunan dari zabarjud hijau. Di dalamnya terdapat tujuh puluh ribu aula. Setiap aula terdapat tujuh puluh ribu pondok. Tidak ada yang bleh masuk kesitu, selain orang yang ditawarkan  barang haram, namun dia menolaknya kerana takut kepada Allah.”

Keenam, pada langkah (  kakinya ). Dia tidak berjalan untuk maksiat. Tetapihanya melangkah untuk taat kepada Allah, mencari keredhaanNya serta untuk bergaul dengan para ulama, orang-orang soleh.

Ketujuh, terlihat pada ketaatannya. Dia menjadikan ketaatannya semata-mata untuk mencari keredhaan Allah. Takut pada riak dan munafik.. barang siapa melakukan tujuh perkara tersebut, dia termasuk dalam kategori orang-orang yang dikatakan oleh Allah SWT:..” Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa dalam kebun-kebun dan mata air ( Syurga)”




Berkata Abul Laits ra, “ Sesungguhnya Allah mempunyai para malaikat di langit tujuh telah bersujud sejak Allah menciptakan mereka sampai hari Kiamat. Mereka takut menderhakai Allah. Ketika hari Kiamat mereka mengangkat kepala seraya berkata, “ Maha Suci Engkau, Kami telah menyembah Engkau dengan sesungguhnya,”

RELA MASUK NERAKA


Nabi Musa AS suatu hari sedang berjalan-jalan melihat keadaan ummatnya. Nabi Musa AS melihat seseorang sedang beribadah. Umur orang itu lebih dari 500 tahun. Orang itu adalah seorang yang ahli ibadah. Nabi Musa AS kemudian menyapa dan mendekatinya.

Setelah berbicara sejenak ahli ibadah itu bertanya kepada Nabi Musa AS, Wahai Musa AS aku telah beribadah kepada Allah SWT selama 350 tahun tanpa melakukan perbuatan dosa. Di manakah Allah SWT akan meletakkanku di Sorga-Nya?. Tolong sampaikan pertanyaanku ini kepada Allah.

Nabi Musa AS mengabulkan permintaan orang itu. Nabi Musa AS kemudian bermunajat memohon kepada Allah SWT agar Allah SWT memberitahukan kepadanya di mana ummatnya ini akan ditempatkan di akhirat kelak.

Allah SWT berfirman, "Wahai Musa (AS) sampaikanlah kepadanya bahwa Aku akan meletakkannya di dasar Neraka-Ku yang paling dalam". Nabi Musa AS kemudian mengabarkan kepada orang tersebut apa yang telah difirmankan Allah SWT kepadanya. Ahli ibadah itu terkejut. Dengan perasaan sedih ia beranjak dari hadapan Nabi Musa AS.

Malamnya ahli ibadah itu terus berfikir mengenai keadaan dirinya. Ia juga mulai terfikir bagai mana dengan keadaan saudara-saudaranya, temannya, dan orang lain yang mereka baru beribadah selama 200 tahun, 300 tahun, dan mereka yang belum beribadah sebanyak dirinya, di mana lagi tempat mereka kelak di akhirat.

Keesokan harinya ia menjumpai Nabi Musa AS kembali. Ia kemudian berkata kepada Nabi Musa AS, "Wahai Musa AS, aku rela Allah SWT memasukkan aku ke dalam Neraka-Nya, akan tetapi aku meminta satu permohonan. Aku mohon agar setelah tubuhku ini dimasukkan ke dalam Neraka maka jadikanlah tubuhku ini sebesar-besarnya sehingga seluruh pintu Neraka tertutup oleh tubuhku jadi tidak akan ada seorang pun akan masuk ke dalamnya".

Nabi Musa AS menyampaikan permohonan orang itu kepada Allah SWT. Setelah mendengar apa yang disampaikan oleh Nabi Musa AS maka Allah SWT berfirman, "Wahai Musa (AS) sampaikanlah kepada ummatmu itu bahwa sekarang Aku akan menempatkannya di Surga-Ku yang paling tinggi".


Ps: sesungguh kita masuk syurga bukan kerana ibadah kita yang banyak tapi adalah kerana RahmatNya.. tapi kita juga perlu ingat, Rasulullah saw yang maksum juga melakukan solat hingga bengkak2 kakinya.. kita bagaimana?



….Ingat ! Sesungguhnya dalam jasad manusia ada segumpal darah. Jika ia baik, baiklah jasad seluruhnya. JIka ia rosak, maka rosaklah seluruhnya. Ingat ! itulah hati…
                                                                                               HR Bukhari dan Muslim.

PEDIHNYA SAKARATULMAUT


Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. ada bersabda katanya, "Apabila telah tiba hari kiamat kelak maka diperintahkan malaikat Israfil untuk meniupkan sangkakala sebanyak 3 kali. Tiupan pertama sebagai peringatan, tiupan kedua untuk mematikan semua makhluk yang ada di muka bumi dan tiupan ketiga untuk menghidupkan kembali semua umat, bermula dari umat Adam a.s. hinggalah kepada umat Nabi Muhammad.

Setelah semuanya mati, tinggallah Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Hamalatul Arsy. Allah lalu memerintahkan Malaikat maut (Izrail) mencabut semua nyawa malaikatnya. Maka Allah bertanya,"Wahai Izrail ! Siapa yang masih tinggal ?" Jawab Izrail,"Engkau Ya Allah zat yang Maha Hidup dan tidak akan mati untuk selamanya,yang tinggal hanyalah aku seorang, hamba yang lemah dan tidak berdaya."

Lalu Allah berfirman,"Wahai Izrail ! Tidakkah engkau tahu, setiap yang bernyawa itu akan merasai mati. Aku menjadikan engkau untuk kau menjalankan tugasmu dan kau juga harus merasai mati." Maka pergilah Izrail ke suatu tempat di antara syurga dan neraka (menurut sebahagian riwayat) untuk mencabut nyawanya sendiri. Apabila nyawanya dicabut, menjeritlah Izrail seperti orang gila. Andaikan masih ada makhluk yang di muka bumi, nescaya semuanya mati kerana jeritan yang dahsyat iu.

Berkata Izrail,"Kalaulah begini kesakitan yang dialami semasa dicabut nyawa, sudah tentu ketika mencabut roh orang-orang mukmin aku akan cabut dengan cara yang paling lembut sekali."
Sudahkah kita bersedia untuk merasai pedihnya sakaratul maut.. kalau nabi saw pun mengeluh kesakitan.. kita bagaimana?