Sunday, 6 May 2012

APAKAH MAKHLUK ALLAH YANG PERTAMA


Apakah makhluk Allah yang pertama?

Jawapan:


Makhluk pertama ialah AIR.


Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan kami telah menjadikan segala sesuatu yang hidup daripada air”.
- [Surah al-Anbiya': 30]


Rasulullah s.a.w. bersabda: “Setiap sesuatu diciptakan daripada air”.
- [Diriwayatkan oleh Ibn Hibban]

ADAKAH BATAL WUDUK JIKA WAS-WAS KENTUT


Adakah Batal Wuduk Bila Waswas Kentut?

Abd Allah b. Zayd b. Âsim telah mempersoalkan kepada Rasulullah SAW bahawa seseorang boleh merasakan dia telah terkentut ketika didalam Solatnya. Berkenaan ini Rasulullah SAW berkata : "Jangan berganjak dari tempat kamu kecuali kamu dengar atau bau sesuatu (keluar kentut)". Hadith ini sahih diriwayatkan didalam Sahîh al-Bukhârî dan Sahîh Muslim .

Terdapat hadith yang hampir sama diriwayatkan oleh Abû Sa`îd al-Khudrî bahawa Rasulullah Saw berkata "Jika Syaitan mendekati kamu dengan berkata "kamu telah terbatal wudhu kamu", katakan ia menipu, kecuali kamu dengar atau bau sesuatu (keluar kentut)"
-[Mustadrak al-Hâkim (1/134), Sahîh Ibn Hibbân (2663 and 2664), Musnad Ahmad (3/12), and Sunan Abî Dâwûd (1029)].

Dalam riwayat dari Sahîh Ibn Hibbân menyebut "……… kemudian dia perlu berkata pada dirinya sendiri `kamu telah menipu'……"

Ini adalah hadith masyhur yang menjadi bukti yang membentuk satu kaedah dalam hukum Syara' iaitu "Sesuatu yang pasti tidak dapat dihapuskan dengan was-was". Ini bermaksud apa-apa yang terbina atas keyakinan memerlukan bukti yang kukuh untuk menunjukkan sebaliknya. Ketidakpastian (was-was) tidak mencukupi untuk memansuhkannya(keyakinan). Hukum ini menjadi prinsip yang luas dan mustahil untuk menyebutkan kesemuanya.

Implikasi hukum terhadap Hadith tersebut.

Hukum terpenting yang dibentuk dari hadith ini adalah berkenaan seorang yang telah berwudhu dan tidak pasti adakah dia telah terbatal ataupun tidak.

Jumhur ulama' termasuk Imam Abû Hanîfah, Imam al-Shâfi`î, dan Imam Ahmad b. Hanbal, menyatakan ketidakpastian (was-was) perlu diabaikan setiap masa. Ini juga disebut oleh Imam Mâlik.

Terdapat 2 pendapat lain yang disandarkan kepada Imam Mâlik tentang perkara ini. Salah satu pendapat itu ialah ketidakpastian (was-was) membatalkan wudhunya. Tetapi riwayat ini adalah dhaif dan bertentangan dengan maksud yang jelas dari hadith-hadith yang sahih.

Pendapat ke-3 yang disandarkan kepada Imam Mâlik ialah jika was-was berlaku di luar solat , maka dia perlu mengambil wudhu yang baru, tetapi jika was-was berlaku di dalam solat, maka dia perlu abaikannya. Pendapat ini amat pelik kerana apa yang membatalkan wudhu di luar solat sudah pastinya membatalkan wudhu didalam solat.
Menurut Ibn Hajar al-`Asqalâni di dalam Fath al-Bârî (1/287) : "Riwayat yang menerangkan pembahagian tersebut tidak boleh disandarkan kepada Imam Malik , Ia hanyalah perkataan pelajarnya”

Kita boleh katakan, tanpa syak lagi, pendapat yang benar tentang perkara ini adalah pendapat Jumhur Ulama – bahawa keraguan tidak membawa sebarang faedah. Seorang akan kekal dalam keadaan berwudhu sehingga dia pasti dia telah terbatal.

Aplikasi Hukum 

1) Jika seseorang dalam keadaan bersuci , terasa dia telah terkentut, ini tidak membawa apa-apa makna. Dia perlu benar-benar pasti untuk membuktikan wudhu'nya telah terbatal.

2) Jika seseorang tahu dia dalam keadaan wudhu' dan was-was bahawa dia telah membuang air, dia perlu abaikannya.

3) Jika seseorang dalam keadaan suci kemudian dia tertutup mata sebentar kerana mengantuk dan tidak pasti dia telah tertidur (lama) untuk wudhu'nya terbatal , maka dia perlu menganggap dia masih dalam keadaan suci.

Dalam keadaan ini atau situasi yang hampir serupa, seseorang perlu mengabai was-wasnya. Begitu juga, jika seseorang tidak pasti air kolah telah tercemar dengan najis atau tidak , dia perlu menganggapnya ia masih bersih. Sama juga berkenaan baju, tempat solat, dan makanan yang ingin dimakan. Ini adalah hukum asas dalam semua masalah berkenaan bersuci dan keharusan, yang mana keyakinan (kepastian) adalah penting untuk mengisytiharkan sesuatu (kesucian) itu sebaliknya.

Hukum ini – cara fikir ini – menutup pintu kepada ketidakpastian (was-was) dan keraguan yang dialami oleh sebilangan besar umat Islam.

Tambahan, para ulama' telah Ijma' apabila Rasulullah SAW berkata: "Kecuali kamu mendengar bunyi atau bau sesuatu". Beliau bukanlah memaksudkan kepada 2 perkara itu sahaja. Beliau hanyalah menerangkan tentang tahap keyakinan yang perlu ada dalam keadaan tersebut.

Al-Khattâbî menyebut dalam I`lâm al-Hadîth (1/227-228): "Rasulullah SAW tidak bermaksud hukum ini terhad kepada isu kentut dan 2 cara memastikannya." Jawapan Rasulullah SAW, bersesuaian dengan soalan yang dikemukakan. Maksudnya boleh diperluaskan kepada tahi , kencing, air madzi, air mani, darah, dan apa-apa yang boleh membatalkan kesucian seseorang."

KISAH DAJJAL DALAM HADITH DAN FADHILAT SURAH KAHF


Kisah Dajjal dalam Hadith Dan Fadilat Surah Kahf


Persoalan tentang alam ghaib hanya didengar melalui dalil-dalil. Namun, hakikatnya hanya Allah SWT sahaja yang mengetahuinya. Antara perkara berbentuk al-ghaibiyyah ialah kapal nabi Nuh, tongkat Nabi Musa, syurga, neraka dan lain - lain. Kita tidak digalakkan untuk memperincikan bagaimana bentuknya, bila berlaku, adakah berjasad atau tidak serta seumpamanya. Begitu juga tentang dajjal yang termasuk dalam persoalan al-ghaibiyyah.

Dari Abi Umamah Al-Bahiliy, beliau berkata: “Rasululah s.a.w telah berkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu Baginda banyak menyentuh masalah dajjal. Baginda telah bersabda:

“Sesungguhnya tidak ada fitnah (kerosakan) di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yang dibawa oleh dajjal. Setiap Nabi yang diutus oleh Allah SWT ada mengingatkan kaumnya tentang dajjal. Aku adalah nabi yang terakhir sedangkan kamu adalah umat yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasi (angkatan) kamu. Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin. Kalau dia datang sesudah kematianku, maka setiap orang menjaga dirinya. Dan sebenarnya Allah SWT akan menjaga orang-orang mukmin."

“Dajjal itu akan datang nanti dari satu tempat antara Syam dan Iraq. Dan mempengaruhi manusia dengan begitu cepat sekali. Wahai hamba Allah, wahai manusia, tetaplah kamu. Di sini akan aku terangkan kepada kamu ciri-ciri dajjal, yang belum diterangkan oleh nabi-nabi sebelumku kepada umatnya."

“Pada mulanya nanti dajjal itu mengaku dirinya sebagai Nabi. Ingatlah, tidak ada lagi Nabi sesudah aku. Setelah itu nanti dia mengaku sebagai Tuhan. Ingatlah bahawa Tuhan yang benar tidak mungkin kamu lihat sebelum kamu mati. Dajjal itu cacat matanya sedangkan Allah SWT tidak cacat, bahkan tidak sama dengan baharu. Dan juga di antara dua mata dajjal itu tertulis ‘kafir’, yang dapat dibaca oleh setiap mukmin yang pandai membaca atau buta huruf."

“Di antara fitnah dajjal itu juga dia membawa syurga dan neraka. Nerakanya itu sebenarnya syurganya sedangkan syurganya itu neraka, iaitu panas. Sesiapa di antara kamu yang disiksanya dengan nerakanya, hendaklah dia meminta pertolongan kepada Allah dan hendaklah dia membaca pangkal surah Al-Kahfi, maka nerakanya itu akan sejuk sebagaimana api yang membakar Nabi Ibrahim itu menjadi sejuk."

Dari Anas bin Malik, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: “Menjelang turunnya dajjal ada tahun-tahun tipu daya, iaitu tahun orang-orang pendusta dipercayai orang dan orang jujur tidak dipercayai. Orang yang tidak amanah dipercayai dan orang amanah tidak dipercayai.”

Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w ada bersabda: “Bumi yang paling baik adalah Madinah. Pada waktu datangnya dajjal nanti, Madinah dikawal oleh malaikat. Dajjal tidak sanggup memasuki Madinah. Pada waktu datangnya dajjal (di luar Madinah), kota Madinah bergegar tiga kali. Orang-orang munafik yang ada di Madinah (lelaki atau perempuan) bagaikan cacing kepanasan kemudian mereka keluar meninggalkan Madinah. Kaum wanita adalah yang paling banyak lari ketika itu. Itulah yang dikatakan hari pembersihan. Madinah membersihkan kotorannya seperti tukang besi membersihkan karat-karat besi.”

Allah dan RasulNYA telah ajar cara untuk mengatasi fitnah dajjal. Antaranya ialah dengan menghafal 10 ayat pertama surah al-Kahfi seperti yang direkodkan oleh Imam Muslim dalam sohehnya, nombor 809 yang bermaksud:

Dari Abu Darda' r.a Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Siapa yang menghafal 10 ayat pertama dari surah al-Kahfi terpelihara daripada dajjal."

Dan satu lagi hadis dari kitab Al-Dhurr Al-manthur oleh al-Suyuti (5:355) yang bermaksud:

"Sesiapa yang membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, ianya dihindari dari dosa besar selama 8 hari, dari setiap fitnah yang muncul. Dan sesungguhnya apabila munculnya dajjal, terpeliharalah darinya."


4 kisah dipaparkan oleh Allah SWT di dalam Surah al-Kahfi.


Segala hadith Nabi s.a.w. menjelaskan tentang keutamaan membaca surah ini pada hari Jumaat dengan manfaat terbesarnya ialah: terselamat dari Fitnah Dajjal.



Bermula daripada kisah Ashaab al-Kahf, ia diikuti dengan kisah pemilik dua kebun bersama sahabatnya yang Mukmin, disusuli pula dengan kisah Musa bersama seorang hamba yang soleh (Khidr) dan disempurnakan dengan pembentangan kisah Dzulqarnain.


KISAH CABARAN 4 IMAM- IMAM ABU HANIFAH DIRACUN


Kisah Cabaran 4 Imam - Imam Abu Hanifah Diracun

Imam Abu Hanafi adalah seorang imam Mazhab yang besar dalam dunia Islam. Dalam empat mazhab yang terkenal tersebut, hanya Imam Hanafi yang bukan orang Arab. Beliau keturunan Persia atau disebut juga dengan bangsa Ajam. Pendirian beliau sama dengan pendirian imam yang lain, iaitu sama-sama menegakkan Al-Quran dan sunnah Nabi SAW.

Imam Hanafi dilahirkan pada tahun 80 Hijrah bertepatan tahun 699 Masehi di sebuah kota bernama Kufah. Nama yang sebenarnya ialah Nu’man bin Tsabit bin Zautha bin Maha. Kemudian masyhur dengan gelaran Imam Hanafi.

Kemasyhuran nama tersebut menurut para ahli sejarah ada beberapa sebab:

1. Kerana ia mempunyai seorang anak laki-laki yang bernama Hanifah, maka ia diberi julukan dengan Abu Hanifah.

2. Kerana semenjak kecilnya sangat tekun belajar dan menghayati setiap yang dipelajarinya, maka ia dianggap seorang yang hanif (kecenderungan/condong) pada agama. Itulah sebabnya ia masyhur dengan gelaran Abu Hanifah.

3. Menurut bahasa Persia, Hanifah bererti tinta. Imam Hanafi sangat rajin menulis hadith-hadith. Ke mana dia pergi, selalu membawa tinta. Kerana itu ia dinamakan Abu Hanifah.

Waktu dia dilahirkan, pemerintahan Islam berada di tangan Abdul Malik bin Marwan, dari keturunan Bani Umaiyyah kelima. Kepandaian Imam Hanafi tidak diragukan lagi, beliau mengerti betul tentang ilmu fiqih, ilmu tauhid, ilmu kalam, dan juga ilmu hadith. Di samping itu beliau juga pandai dalam ilmu kesusasteraan dan hikmah.

Imam Hanafi adalah seorang hamba Allah yang bertakwa dan soleh, seluruh waktunya lebih banyak diisi dengan amal ibadah. Jika beliau berdoa matanya bercucuran air mata demi mengharapkan keredhaan Allah SWT. Walaupun demikian orang-orang yang berjiwa jahat selalu berusaha untuk menganiaya beliau.

Sifat keberanian beliau adalah berani menegakkan dan mempertahankan kebenaran. Untuk kebenaran, dia tidak takut sengsara atau apa bahaya yang akan diterimanya. Dengan keberaniannya itu, beliau selalu mencegah orang-orang yang melakukan perbuatan mungkar, kerana menurut Imam Hanafi kalau kemungkaran itu tidak dicegah, bukan orang yang berbuat kejahatan itu saja yang akan merasakan akibatnya, melainkan semuanya, termasuk orang-orang yang baik yang ada di tempat tersebut

Sebahagian dilukiskan dalam sebuah hadith Rasulullah SAW bahawa bumi ini diumpamakan sebuah bahtera yang didiami oleh dua kumpulan. Kumpulan pertama adalah terdiri orang-orang yang baik-baik sementara kumpulan kedua terdiri dari yang jahat-jahat. Kalau kumpulan jahat ini mahu merosak bahtera dan kumpulan baik itu tidak mahu mencegahnya, maka seluruh penghuni bahtera itu akan binasa. Tetapi sebaliknya jika kumpulan yang baik itu mahu mencegah perbuatan orang-orang yang mahu membuat kerosakan di atas bahtera itu, maka semuanya akan selamat.

Sifat Imam Hanafi yang lain adalah menolak kedudukan tinggi yang diberikan pemerintah kepadanya. Ia menolak pangkat dan menolak wang yang dibelikan kepadanya. Akibat dari penolakannya itu, ia ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara. Di dalam penjara ia diseksa, dipukul dan sebagainya.

Gabenor di Iraq pada waktu itu berada di tangan Yazid bin Hurairah Al-Fazzari. Selaku pemimpin ia tentu dapat mengangkat dan memberhentikan pegawai yang berada di bawah kekuasaannya. Pernah pada suatu ketika Imam Hanafi akan diangkat menjadi ketua urusan perbendaharan negara (Baitulmal), tetapi pengangkatan itu ditolaknya. Ia tidak mahu menerima kedudukan tinggi tersebut. Sampai berulang kali Gabenor Yazid menawarkan pangkat itu kepadanya, namun tetap ditolaknya.

Pada waktu yang lain Gabenor Yazid menawarkan pangkat Kadi (hakim) tetapi juga ditolaknya. Rupanya Yazid tidak senang melihat sikap Imam Hanafi tersebut. Seolah-olah Imam Hanafi memusuhi pemerintah, kerana itu timbul rasa curiganya. Oleh kerana itu, ia diselidiki dan diancam akan dihukum dengan hukum dera.

Ketika Imam Hanafi mendengar kata ancaman hukum dera itu Imam Hanafi menjawab: “Demi Allah, aku tidak akan mengerjakan jabatan yang ditawarkan kepadaku, sekalipun aku akan dibunuh oleh pihak kerajaan.” Demikian beraninya Imam Hanafi dalam menegakkan pendirian hidupnya.

Pada suatu hari, Yazid memanggil para alim ulama ahli fiqih yang terkemuka di Iraq, dikumpulkan di muka istananya. Di antara mereka yang datang ketika itu adalah Ibnu Abi Laila, Ibnu Syblamah, Daud bin Abi Hind dan lain-lain. Kepada mereka, masing-masing diberi kedudukan rasmi oleh Gabenor.

Ketika itu gabenor menetapkan Imam Hanafi menjadi Pengetua jawatan Sekretari Gabenor. Tugasnya adalah bertanggungjawab terhadap keluar masuk wang negara. Gabenor dalam memutuskan jabatan itu disertai dengan sumpah: “Jika Abu Hanifah tidak menerima pangkat itu, nescaya ia akan dihukum dengan pukulan.”

Walaupun ada ancaman seperti itu, Imam Hanafi tetap menolak jawatan itu, bahkan ia tetap tegas, bahawa ia tidak mahu menjadi pegawai kerajaan dan tidak mahu campur tangan dalam urusan negara.

Kerana sikapnya itu, akhirnya ditangkap oleh Gabenor. Kemudian dimasukkan ke dalam penjara selama dua minggu, dengan tidak dipukul. Lima belas hari kemudian baru dipukul sebanyak 14 kali pukulan, setelah itu baru dibebaskan.

Beberapa hari sesudah itu gabenor menawarkannya menjadi kadi, juga ditolaknya. Kemudian ditangkap lagi dan dijatuhi hukuman dera sebanyak 110 kali. Setiap hari didera sebanyak sepuluh kali pukulan. Namun demikian Imam Hanafi tetap dengan pendiriannya. Sampai ia dilepaskan kembali setelah cukup 110 kali cambukan.

Akibat dari pukulan itu, muka dan seluruh badannya menjadi bengkak-bengkak. Hukuman cambuk itu sengaja untuk menghina Imam Hanafi. Walaupun demikian ketika Imam Hanafi diseksa ia sempat berkata: “Hukuman dera di dunia lebih ringan daripada hukuman neraka di akhirat nanti.”

Ketika ia berusia lebih dari 50 tahun, ketua negara ketika itu berada di tangan Marwan bin Muhammad. Imam Hanafi juga menerima ujian. Kemudian pada tahun 132 H sesudah dua tahun dari hukuman tadi, terjadilah pergantian pimpinan negara, dari keturunan Umaiyyah ke tangan Abbasiyyah, ketua negaranya bernama Abu Abbas as Saffah.

Pada tahun 132 H sesudah Abu Abbas meninggal dunia, diganti dengan ketua negara yang baru bernama Abi Jaafar Al-Mansur, saudara muda dari Abul Abbas as Saffah. Ketika itu Imam Abu Hanifah telah berumur 56 tahun. Namanya masih tetap harum sebagai ulama besar yang disegani, ahli fikir yang cepat dapat menyelesaikan sesuatu persoalan.

Suatu hari, Imam Hanafi mendapat panggilan dari baginda Al-Mansur di Baghdad, supaya ia datang mengadap ke istana. Sesampainya di istana Baghdad, ia ditetapkan oleh baginda menjadi kadi (hakim) kerajaan Baghdad. Dengan tawaran tersebut, salah seorang pegawai negara bertanya: “Adakah guru tetap akan menolak kedudukan baik itu?”. Dijawab oleh Imam Hanafi “Amirul mukminin lebih kuat membayar kifarat sumpahnya daripada saya membayar sumpah saya.”

Kerana ia masih tetap menolak, maka diperintahkan kepada pengawal untuk menangkapnya, kemudian dimasukkan ke dalam penjara di Baghdad. Pada saat itu para ulama yang terkemuka di Kufah ada tiga orang. Salah satu di antaranya ialah Imam Ibnu Abi Laila. Ulama ini sejak pemerintahan Abu Abbas as Saffah telah menjadi mufti kerajaan untuk kota Kufah. Kerana sikap Imam Hanafi itu, Imam Abi Laila pun dilarang memberi fatwa.

Pada suatu hari Imam Hanafi dikeluarkan dari penjara kerana mendapat panggilan dari Al-Mansur, tetapi ia tetap menolak. Baginda bertanya, “Apakah engkau telah suka dalam keadaan seperti ini?”

Dijawab oleh Imam Hanafi: “Wahai Amirul Mukminin semoga Allah memperbaiki Amirul Mukminin. Wahai Amirul Mukminin, takutlah kepada Allah, janganlah bersekutu dalam kepercayaan dengan orang yang tidak takut kepada Allah. Demi Allah, saya bukanlah orang yang boleh dipercayai di waktu tenang, maka bagaimana saya akan dipercayai di waktu marah, sungguh saya tidak sepatutnya diberi jawatan itu.”

Baginda berkata lagi: “Kamu berdusta, kamu patut dan sesuai memegang jawatan itu.” Dijawab oleh Imam Hanafi: “Amirul Mukminin, sungguh baginda telah menetapkan sendiri, jika saya benar, saya telah menyatakan bahawa saya tidak patut memegang jawatan itu. Jika saya berdusta, maka bagaimana baginda akan mengangkat seorang maulana yang dipandang rendah oleh bangsa Arab. Bangsa Arab tidak akan rela diadili seorang golongan hakim seperti saya.”

Pernah juga terjadi, baginda Abu Jaffar Al-Mansur memanggil tiga orang ulama besar ke istananya, iaitu Imam Abu Hanifah, Imam Sufyan ats Tauri dan Imam Syarik an Nakhaei. Setelah mereka hadir di istana, maka ketiganya ditetapkan untuk menduduki pangkat yang cukup tinggi dalam kenegaraan, masing-masing diberi surat pelantikan tersebut.

Imam Sufyan ats Tauri diangkat menjadi kadi di Kota Basrah, Imam Syarik diangkat menjadi kadi di ibukota. Adapun Imam Hanafi tidak mahu menerima pengangkatan itu di manapun ia diletakkan. Pengangkatan itu disertai dengan ancaman bahawa siapa saja yang tidak mahu menerima jawatan itu akan didera sebanyak l00 kali deraan.

Imam Syarik menerima jawatan itu, tetapi Imam Sufyan tidak mahu menerimanya, kemudian ia melarikan diri ke Yaman. Imam Abu Hanifah juga tidak mahu menerimanya dan tidak pula berusaha melarikan diri.

Oleh sebab itu Imam Abu Hanifah dimasukkan kembali ke dalam penjara dan dijatuhi hukuman sebanyak 100 kali dera. Setiap pagi dipukul dengan cambuk sementara dileher beliau dikalung dengan rantai besi yang berat.

Suatu kali, Imam Hanafi dipanggil baginda untuk mengadapnya. Setelah tiba di depan baginda, lalu diberinya segelas air yang berisi racun. Ia dipaksa meminumnya. Setelah diminum air yang beracun itu, Imam Hanafi kembali dimasukkan ke dalam penjara. Imam Hanafi wafat dalam keadaan menderita di penjara. Ketika itu, dia berusia 70 tahun.

Imam Hanafi menolak semua tawaran yang diberikan oleh kerajaan daulah Umaiyyah dan Abbasiyah adalah kerana beliau tidak sesuai dengan corak pemerintahan yang mereka kendalikan. Oleh sebab itu mereka berusaha mengajak Imam Hanafi untuk bekerjasama mengikut gerak langkah mereka, dan akhirnya mereka seksa hingga meninggal, kerana Imam Hanafi menolak semua tawaran yang mereka berikan.

20. SURAH TAHA (35 ayat) – ‘DIMULAI DENGAN KALIMAT THAAHAA’


 


DITURUNKAN DI MEKAH

Surah Taahaa adalah surah ke-20 dan terdiri atas 135 ayat, diturunkan setelah surah Maryam.
Surah ini dinamai Thaahaa, diambil ayat pertama surat ini.

Sebagaimana juga yang lazim terdapat pada surah-surah yang memakai huruf-huruf abjad pada permulaannya, di mana huruf tersebut seakan-akan merupakan pemberitahuan Allah SWT kepada orang-orang yang membacanya, bahawa sesudah huruf itu akan dikemukakan hal-hal yang sangat penting diketahui, maka demikian pula halnya dengan ayat-ayat yang terdapat sesudah huruf ThaaHaa dalam surah ini.

Allah SWT menerangkan bahawa Al Quran merupakan peringatan bagi manusia, wahyu dari Allah SWT, Pencipta semesta alam. Kemudian Allah SWT menerangkan kisah beberapa orang nabi; akibat-akibat yang telah ada akan dialami oleh orang-orang yang percaya kepada Allah SWT dan orang-orang yang mengingkari-Nya, baik di dunia mahupun di akhirat.

POKOK-POKOK ISINYA:

1. KEIMANAN:

Al Quran adalah peringatan bagi manusia terutama bagi orang-orang yang bertakwa; Musa A.S. menerima secara langsung wahyu dari Allah SWT, tanpa perantaraan Jibril; Allah SWT menguasai 'Arsy, mengetahui sesuatu yang samar dan yang lebih samar; keadaan orang berdosa dihimpunkan di hari kiamat; syafaat tidak bermanfaat pada hari kiamat, kecuali syafa'at dari orang-orang yang dapat keizinan dari Allah SWT.

2. HUKUM HAKAM:

Perintah mengerjakan solat dan keutamaan waktu-waktunya; kewajipan menyuruh keluarga melakukan solat.

3. KISAH-KISAH:

Kisah Musa AS dan Harun AS dalam menghadapi Fir'aun dan Bani Israil, kisah Nabi Adam A.S. dan iblis.

4. LAIN-LAIN:

Perintah Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW supaya dia meminta tambahan ilmu kepada Allah SWT sekalipun sudah menjadi rasul; Allah SWT tidak akan mengazab sesuatu kaum sebelum diutus rasul kepada mereka; jangan terpengaruh oleh kesenangan kehidupan dunia.

FADILATNYA:-

1. Doa ibubapa kepada anak mudah dikabulkan oleh Allah SWT.

Bacakan Ayat 1-6 dan hembuskan pada lehernya sewaktu ia menarik nafas untuk menjadikan anak itu anak yang baik.

Ayat ini adalah ayat pelembut hati.

Boleh juga diamalkan membaca Ayat 1 - 5 kepada anak-anak yang malas bersekolah.


Terjemahan:
"To Ha (Allah yang mengetahui maksudnya). Tiada Kami (Allah) turunkan kepadamu al-Quran ini supaya engkau celaka (menyusahkan engkau)! Melainkan untuk menjadi peringatan bagi orang yang takut. (Al-Quran) yang diturunkan daripada Tuhan, yang menciptakan bumi dan beberapa langit yang tinggi. Tuhan yang Pengasih, di atas singgahsana Dia bersemayam (berkuasa). Dia mempunyai apa yang ada di langit, dan di bumi, serta di antara keduanya dan apa yang ada di bawah tanah." 


2. Baca ayat 25 - 28 sebanyak 21 kali tiap-tiap hari selepas solat Subuh, untuk otak cerdas, akal yang sempurna, menguatkan daya ingatan dan menambah ilmu pengetahuan.

Elok diajarkan kepada anak bila menduduki peperiksaan, untuk temuduga dan majlis ceramah.


Terjemahan
"Wahai Tuhanku! Lapangkanlah dadaku. Dan mudahkanlah bagiku urusanku. Dan bukakanlah simpulan dari lidahku. (Supaya) mereka memahami perkataanku."


3. Ayat 105 - 107 ditulis,dileburkan dengan air dan gunakan untuk mengubati bisul-bisul dan penyakit kulit lain. Sapukan pada tempat yang sakit. InsyaAllah penyakit akan segera kering dan sembuh.


Terjemahan:
"Tuhanku menghancurkannya sehancur-hancurnya. Lalu dibiarkannya menjadi tanah rata yang kosong. Tiada engkau lihat atasnya bertinggi rendah."


4. Ayat 114 adalah doa memohon ditambahkan ilmu.


Terjemahan:
"Wahai Tuhan, tambahkanlah ilmu kepadaku." 


5. Ayat 120-135 dan Ayat 21-32 dari Surah Muhammad adalah ayat “penyejuk” iaitu penawar kepada orang yang panas baran dan untuk mententeramkan jiwa, fikiran dan hati.


6. Petua untuk dapat jodoh (sebagai tambahan kepada usaha2 lain).. amalkan ayat 131 dan 132 Surah Toha selepas solat setiap solat fardu.

- Jika dia seorang yang sakit, insyaAllah akan sembuh dari penyakitnya.

- Jika dia seorang yang miskin, insyaAllah dia akan memperolehi jalan mencari nafkah secara halal dan berkat.


"131. Dan janganlah engkau menujukan pandangan kedua matamu dengan keinginan kepada apa yang telah Kami berikan kepada beberapa golongan dari mereka yang kafir itu menikmatinya, yang merupakan keindahan kehidupan dunia ini, untuk Kami menguji mereka padanya; sedang limpah kurnia Tuhanmu di akhirat lebih baik dan lebih kekal."


Di dalam riwayat lain diceritakan oleh Abdullah bin Salam r.a., ketika keluarga Rasulullah s.a.w. menghadapi sebarang kesempitan rezeki, beliau akan memerintahkan mereka mendirikan solat dan membaca ayat 132 surah Taha.



Firman Allah di dalam ayat berkenaan: “132. Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.”

Kebanyakkan yang mengamalkan tip ini mendapat kemurahan rezeki yang luas dan “low profile”. Mereka tidak terburu-buru dan tergesa-gesa dalam mengejar kesenangan. Kebanyakkan mereka akhirnya menjadi komited dalam beribadat atau melakukan aktiviti dakwah. Mereka hanya melakukan sedikit pekerjaan dunia, namun kurnia yang diperolehi melebihi apa yang mereka kerjakan.


7. Membaca surah Taha, Allah SWT akan kurniakan ilmu pengetahuan dan tercapai segala maksudnya.

ENAM AYAT SURAH A HADID

57:1
57:2
57:3
57:4
57:5
57:6

PENJELASAN


Di dalam Kitab Malikil Majid, halaman 60-61, diterangkan suatu cerita yang menarik,  bersumberkan dari Hassab bin Salim, yang antara lain isinya adalah sebagaimana berikut:


Beliau mempunyai seorang nenek  yang tua serta tidak mampu melihat sesuatu apapun juga. Pada suatu ketika neneknya itu di datangi oleh seseorang yang tidak dikenali seraya berkata: " Mahukah kiranya saya  ajar dengan salah satu nama Allah yang jika engkau baca dalam berdoa nescaya Alah mengembalikan pandanganmu? "

Jawab neneknya : " Semoga anda dibalas oleh Allah dengan kebaikan yang banyak dan mengampunkan kepada anda. Apakah itu kiranya ?" 
Orang yang tidak dikenalinya itu menjawab : " Angkatlah dua neneknya, dan ternyata  neneknya itu dapat melihat seorang lelaki tua yang sedang berdiri di depannya, dan tidak lama kemudian hilanglah ia.


Kejadian itu memang dirahsiakan oleh nenek Hassan bin Salim dan setelah menjelang kewafatannya, barulah diceritakannya.

Doa yang diajarkan oleh seorang lelaki tua itu adalah Surah Al Hadid ayat 1 hingga 6, sebagaimana di atas dan akhir dari Surah Al Hasyr..


Saiyyidina Ali pernah ditanyai tentang doa yag diajarkan oleh Nabi SAW kepadanya, maka jawabnya, " Apabila anda ingin memohon kepada Allah swt dengan sesuatu hajat, maka bacalah enam ayat dari surah Al Hadid, dan akhir surah Al Hasyr ( ayat yang ke 22, 23, 24 ), kemudian membaca doa berikut, nescaya akan terkabul apa yang dimaksudkan itu..


Ayat 22 surah Al Hasyr




59:22


Ayat 23 surah Al Hasyr


59:23

Ayat 24 surah Al Hasyr

59:24


AYAT 93 SURAH AN NAML

27:93

Ertinya; 
Dan katakanlan : " Segala puji bagi Allah, Dia akan memperlihatkan kepada kalian tanda-tanda kebesaranNya, maka kamu akan mengetahuinya. Dan taidalah Tuhanmu lupa dari apa yang kamu lakukan."




PENJELASAN 


Apabila seseorang meragukan sesuatu barang tentang kemurnian ( ketulinan ) dan kepalsuannya, maka hendaklah dia membaca ayat tersebut di atas, lalu barang yang diragukannya itu diteliti dengan membolak balikkannya berkali-kali. Insya Allah barang tersebut akan terlihat kepalsuannya, jika memang barang itu sebenarnya palsu dengan izin Allah...Insyaallah.